Robot seks wanita?????


Td aku terbace artikel yg agak menarik dan mengejutkan...
Ni antara petikan tu:

Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN, LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS).

Roxxxy
setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

“Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki,” kata pencipta Roxxxy,
Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.

“Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia,” tambahnya.

Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.

Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan
harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).

Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.

So,ape pendapat korang....
skang ni dah ramai desperate sgt la tu hahaha...
tp bg aku nauzubillah.. zaman skang ni manusia mmg rakus...
smpaikan robot pun boleh dijadikan teman seks..
tp aku terpk...skang ni kan nisbah laki lg ramai dr pompuan??
npe boleh jd cmni???
korang ade pe2 pendapat x??

1 Response to Robot seks wanita?????

  1. Cik Miza says:

    gilaks ini!!

Post a Comment